| Laporan |
| [ABGAJI50:IMB76144] TIADA liputan 3G di kawasan Mengkuang Hujung Kuala Pegang,Baling. Harap dapat atasi masalah berkenaan. |
| [INSANMENUNGGU:IMB76148] KECEWA dengan sikap juru jual Perodua cawangan Sungai Petani kerana sudah dua bulan membeli kereta perodua viva tetapi masih belum terima. |
| [DAUS9191:IMB71359] MINTA SPRM dan Buruh menyiasat dakwaan penipuan syarikat pengawal keselamatan di seksyen 51A, Petaling Jaya. |
| [DAUS9191:IMB71359] MINTA khidmat polis trafik Petaling Jaya mengawal laluan kesesakan kenderaan yang padat di Lebuhraya Damansara Puchong(LDP) ketika waktu kemuncak. |
| [TAKGU:IMB66685] JANGAN sesekali menyamakan manusia dengan nabi. |
| [MAMA5858:IMB33135] ZAMAN sekarang jangan mudah percaya pada sesiapa, walaupun saudara sendiri. |
| [ZALIZA:IMA08763] MELAKA diumumkn sebagai Melaka Maju tetapi masih ada bas pengangkutan yang uzur dan tidak ditukar. |
| [LONGJACKE71:IMB74220] Selamat Hari Polis ke 204 dan diharap masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Tebrau ketika waktu pucak dapat dikawal dan diatasi. |
| [MAMA5858:IMB33135] MEMALUKAN sikap segelintir wanita seberang terlalu pentingkan diri hingga tergamak berkurung dengan suami orang lain tanpa memikirkan perasaan wanita lain. |
| [HBCRUJU:IMB74921] SETUJU dengan Datuk Bung Mokhtar,kebanyakan wanita memandu ikut kepala sendiri,tidak peduli masalah orang lain. |
| [DAYAK1977:IMB15601] SAMPAH tidak diangkat selama tiga hari di Pasar Lima Kedai,Skudai Johor. Memburukkan keadaan dan meloyakan. |
| [AYAHANDA52:IMB76119] PIHAK berkuasa sila pantau kenderaan di lebuh raya kerana kebanyakannya tidak mengikut peraturan. |
| [COMEL11:IMB74532] IPD Bau diminta membuat intipan dan siasat dengan lebih kerap dalam menangani masalah dadah di kalangan golongan muda. |
| [PANJIJOHOR:IMB66647] DICADANGKAN polis peronda MPV Polis Saman pakai cap baseball kerana nampak lebih kemas seperti polis peronda MPV di Kanada. |
| [HAIKALCHINI:IMA92947] PERKHIDMATAN pemeriksaan puspakom Temerloh sangat lambat. Kenderaan berbaris panjang tetapi kakitangan masih bekerja sambil lewa. |
| [ABGLORIBB:IMB56182] TAHNIAH... sudah 20 tahun Harian Metro diterbitkan, semoga kekal menjadi akhbar nombor satu. |
| [ANATASIA89:IMB75317] HARAP pihak berkuasa membuat pantauan di Taman Kota Masai Jalan Nenas25.Remaja lelaki dan perempuan berpelukan dan melepak hingga pagi. |
| [BUDAXBEDONG:IMB76141] LALUAN dari Taman Gemilang hingga ke Taman Bandar Baru rosak. Membahayakan pemandu kerana keadaan gelap, harap dapat lakukan tindakan secepat mungkin. |
| [KEDAH08:IMB73617] KEPADA kaki tangan Tabung Haji Kuala Perlis,terima kasih atas layanan mesra anda kepada pelanggan. |
| [COWBOY303:IMB75678] PENGACARA AF8 membosankan, harap AF9 lebih mantap dan menghiburkan. |
| [JURIY:IMA05802] INSAFLAH wahai insan yang melakukan kegiatan tidak bermoral seperti minum arak dan penagih dadah, sedarlah sebelum terlambat. |
| [NYAMMUK4247:IMB75899] TIADA arah petujuk jalan untuk ke tanah pekuburan di Felda amat menyusahkan orang awam terutamanya yang datang dari luar. |
| [DBNPGA:IMB55983] SELAMAT Hari polis ke-204 buat Warga PDRM khususnye pasukan gerakan am(PGA) yang terlibat dengan NKRA, penuh berintergriti. |
| [RAIN5835:IMB76132] RISAU anjing liar berkeliaran di Kawasan Melaka Raya kerana mengganggu penduduk terutama yang berjalan kaki. |
| [MINARA:IMA58326] DADAH dan arak adalah punca kepada kebanyakan kes keganasan dan jenayah yang semakin berleluasa. |
FOLLOW~me
Tuesday, 29 March 2011
laporan imetro 30/03/2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak faham sangat apa yang awak cuba sampaikan..heehee..
ReplyDelete