FOLLOW~me
Thursday, 31 March 2011
rindu rasullah
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9   Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda   menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi   dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:...    "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,  Aku  tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua   selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan   sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada   hari ini.   "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan  kota  ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim  sebagai  amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu  kepada  pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar  orang lain  tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu  akan  menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas  segala  amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala  urusan yang  melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.   "Berwaspadalah  terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia  telah berputus asa  untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,  maka  berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam  perkara-perkara  kecil.   "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,   mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka  menyempurnakan  hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak  diberikan makan dan  pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah  wanita-wanita kamu dengan  baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka  kerana sesungguhnya mereka  adalah teman dan pembantu kamu yang setia.  Dan hak kamu atas mereka  ialah mereka sama sekali tidak boleh  memasukkan orang yang kamu tidak  sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang  melakukan zina.   "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh  kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu,  berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat  dari harta  kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.  Ketahuilah  bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.  Kamu  semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang  lainnya  kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.   "Ingatlah, bahawa kamu akan  menghadap Allah pada suatu hari untuk  dipertanggungjawabkan diatas  segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh  itu, awasilah agar jangan  sekali-kali kamu terkeluar dari landasan  kebenaran selepas ketiadaanku.    "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang   selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,   nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan   kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang   sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya  kamu  tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.    "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula   kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari   mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya   telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment